Memanah memerlukan seseorang yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal (Ahmad, 2012; Haywood & Lewis, 2006). Disebabkan persaingan yang sengit dikalangan atlet memanah untuk mendapat skor yang tinggi bagi mewakili negeri ataupun negara, pemanah berlatih dengan lebih kerap dan berusaha untuk memperbaiki teknik panahan (Um, 2009). Walau bagaimanapun, keghairahan ini mengakibatkan pemanah menjadi takut untuk melakukan kesalahan, terlalu banyak berfikir mengenai teknik panahan dan terlalu fokus kepada kesempurnaan yang akan mencetuskan fenomena ‘target panic’ (Kidwell, 2004; Thomas, 2008). Kesemua masalah yang disebutkan ini (dan juga di dalam rajah 1) berkait rapat dengan aspek psikologi , persediaan pemanah dan teknik memanah yang telah menjadi tabiat (Hung, 2009; Hung, Lin, Lee, & Chen, 2008; Jang & Huang, 2009).
Target panic
Kidwell (2004) telah mengistilahkan ‘target panic’ sebagai gangguan samada gangguan minda, teknik panahan ataupun kebimbangan di kalangan pemanah. Masalah ini mengakibatkan pemanah hilang kawalan dan hilang konsentrasi secara tiba-tiba (Thomas, 2008). Kidwell (2004), mengklasifikasikan ‘target panic’ kepada 3 jenis iaitu :-
1. Melepaskan tali terlalu awal (Premature Release)
2. Tidak mahu melepaskan tali (Premature Hold)
3. Gabungan keduanya (combination between premature release and Hold)
Bagi pemanah yang mengalami masalah melepaskan tali terlalu awal (Premature Release), kebiasaanya mereka gugup bilamana alat menenang menghampiri kuning ketika memanah. Pemanah pada kebiasaanya merasa takut kepada lingkaran kuning. Kegugupan ini mengakibatkan mereka sengaja membidik diluar sasaran kuning dan melaraskan alat menenang supaya anak panah tetap menuju ke sasaran
‘Target panic’ bagi kategori ‘Premature Hold’ pula adalah dimana pemanah tidak mahu melepaskan tali ketika proses bidikan. Kebanyakkan pemanah memberi maklumbalas bahawa mereka terlalu takut jika anak panah tidak menepati sasaran. Terdapat juga pemanah yang mengalami gabungan kedua-dua masalah ini, iaitu, melepaskan tali terlalu awal dan tidak mahu melepaskan tali.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar